Sunday, October 24, 2010

Part II : N3 Tertunggak...Triffle and Puding Caramel Lapis Coklat

Memang menjadi hobi aku mencuba resepi2 baru....
Aku suka mengodek2 blog2 org...
Bila terjumpa resepi yg agak mengecurkan air liur aku akan ku cuba...
Hehehehe
Kali ini aku telah mencuba 2 resepi ini yang diciplak dr blog Kak Zai @ Teratak Impian
TQVM Kak....
Memang sodap la kedua2 dessert ini...
Memang licin n ramai memuji...
Bangga gue kejap...
Layan resepi di bawah yer...
C&P dari TERATAK IMPIAN



Puding Trifle
Sumber: Teratak Impian

Bahan

Chocolate Cake Moist Samudera
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang



Bahan:-

(A)
1 tin susu cair
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu

Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan (*saya letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

*** Buat hanya separuh adunan,guna semua bahan A sahaja dan 1 sb madu dan bahagi 2
- 1/2 campur 1 sk vanila
- 1/2 campur 1 sk emulco tapis dan kukus dlm loyang kecil berselang-seli.

No comments:

Post a Comment