Friday, January 15, 2010

KEK LAPIS MASAM MANIS


Bahan-bahan ( ramai org leh makan )
10 bIji telur ( asingkan putih dan kuning )
1 gelas Gula Halus
450gm Mentega
1 gelas Tepung Biskut Marie ( Biskut MArie yang bulat di kisar jadi serbuk )
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
1 tin susu pekat
Pewarna merah . Hijau atau kuning
Hawflakes secukupnya
2 Gelas tepung Hong Kong
Cara-cara
pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
Pukul mentega hingga kuning
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan.
Bahagi kpd 2 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning
Lapis adunan warna hijau dulu bila separuh masak susun kan hawflakes di atasnya.
Masukkan adunan warna kuning dan bila sudah separuh masak susunkan hawflakesdi atasnya.
Buat hingga adunan habis.

Thursday, January 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 Masihi / 1431 Hijrah

Tahun 2009 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.
Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2009). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?
Percayakah anda jika saya katakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.
Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.Sama-sama kita bermuhasabah.
Akhir kata Selamat Tahun Baru 2010.…

Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.
Selamat tahun baru 2010.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.