Wednesday, November 25, 2009

N3 YANG MENGGILA.....

Agak lama tak berblogger...
Hari nie memang betul2 mengila n3nyer....
Saja mengisi kekosongan hidup yang melanda diri ini..
Sepanjang aku terjebak dengan arena blogger nie,inilah kali pertama aku menepost byk n3 dalam masa tak sampai 1jam...Giler weh....
Actually, aku sebenarnyer saja nak kongsi aper ape yang aku dapat dengan rakan2 blogger....
Dan yang pasti sedikit sebanyak adajuga menyentuh diriku.....

Kecewa
Sedih
Kesal
Kesunyian

Dan macam2 perasaan melanda hatiku sekarang...
I dun't know how to tell u all...
BIARLAH RAHSIA...




Anak-anakku,kalianlah penyeri hidupku..
Kalian lah yang memberi semangat dan ketabahan dalam menharungi liku-liku kehidupan.....
Mama sayang kalian berdua.....

KEKASIH GELAPKU...

Bunyi talipon berdering mengejutkan saya yang hampir terlelap tengahari semalam.

"Cepat buka TV3, ada issue menarik." Terdengar suara kawan baik saya di hujung talian.

"Okay." Saya yang masih termangu-mangu menjawab lantas meletakkan gagang talipon seraya berlari masuk ke bilik untuk menonton rancangan yang dimaksudkan oleh kawan baik saya itu.

Rancangan yang dimaksudkan ialah "WANITA HARI INI" dan issue yang dibincangkan ialah "KEKASIH GELAP". Ahli penal yang dijemput ialah seorang artis wanita (maaf saya terlupa namanya) dan Dato' Dr Fazilah Kamsah. Pengacaranya seperti biasa dua orang wanita. Ketika kawan saya memberitahu, rancangan itu telah 15 minit berlalu.

Kekasih gelap berkait rapat dengan kecurangan samada kecurangan seorang suami kepada isterinya atau kecurangan isteri kepada suaminya dengan memiliki orang ketiga yang dipanggil kekasih gelap di luar rumah.

Suami yang curang telah biasa kita dengar. Menurut Dato' Dr Fazilah Kamsah, miang lelaki di tiga peringkat umur iaitu 20an, 40an dan 60an. Kadang-kadang tiada sebab lain bagi seorang lelaki untuk berlaku curang. Walaupun rumahtangga dirasakan cukup sempurna, memiliki seorang isteri yang tip top dalam semua segi, tetapi seorang lelaki masih menyimpan niat untuk kawin lebih dari seorang. Memang semulajadinya lelaki begitu. Saya teringat seorang ustaz (maaf saya terlupa namanya) pernah berkata, lelaki normal memang memasang niat untuk memiliki lebih dari seorang isteri cuma seorang lelaki yang baik dan bertanggung jawab, akan berfikir dan menimbangkan sebaik mungkin sebelum melaksanakan niatnya. Dia tidak membuat keputusan mengikut nafsu dan perasaan. Sebagai wanita dan isteri, kita patut menerima hakikat yang lelaki memang dijadikan Allah seperti itu, walaupun sesungguhnya sangat pahit bila mengetahui suami mempunyai wanita lain yang dicintai dan disayanginya selain dari kita. Seorang lelaki yang baik menurut Dato' Dr Fazilah Kamsah ialah berlaku jujur kepada isterinya. Sekiranya dia ingin berkahwin lagi, seeloknya dari awal lagi dia memberitahu isteri tentang niatnya itu, berbincang sebaik mungkin walaupun dia sudah maklum isteri mana yang sanggup dimadukan. Seorang lelaki yang baik juga tidak memburuk-burukkan isteri dan rumahtangganya di depan kekasih gelapnya. Segala perancangan untuk berkahwin lagi dibuat menurut islam bukan dengan berkahwin secara senyap-senyap di sempadan negara jiran dan isteri hanya dapat tahu dari mulut orang lain setelah suami mempunyai anak tiga dengan isteri kedua. Itu akan menghancur luluhkan lagi hati seorang isteri dan semakin sukar untuk isteri menerima kenyataan dan hakikat.

Dalam rancangan semalam, saya sempat mendengar panggilan dari dua orang pendengar. Kedua-duanya isteri dan kedua-duanya mengaku mereka mempunyai kekasih gelap malah seorang dari mereka telah terlanjur dengan kekasih gelapnya dan kini mengandung empat bulan. Dalam hal ini, menurut Dato Dr Fazilah Kamsah, biasanya terdapat kepincangan dalam rumahtangga yang menyebabkan isteri mencari kekasih gelap selain dari suami. Kadang-kadang seorang isteri tidak berniat untuk mencari cinta lain selain dari cinta suami tapi disebabkan sikap suami yang tidak prihatin dan kurang memberi belaian menyebabkan isteri mengalami kesunyian dan kekosongan jiwa. Di zaman sekarang yang serba canggih dengan teknologi komputer, seorang isteri tidak perlu keluar rumah untuk mencari kawan. Semuanya boleh dilakukan secara online. Dari kawan biasa jadi luar biasa dan akhirnya isteri akan terperangkap dengan perasaannya sendiri apabila ada lelaki lain yang dirasakan lebih memahami dan lebih prihatin dari suaminya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila lelaki tersebut melayan perasaan isteri orang itu lebih dari seorang kawan biasa. Di sinilah bermulanya kecurangan seorang isteri.

Untuk mengelak keadaan ini dari berlaku, suami perlu mengubah sikap dengan menjadi lebih prihatin. Seorang isteri bukan hanya memerlukan pakaian dan perhiasan tapi juga belaian dan kasih sayang serta sentuhan dari seorang suami. Bila keperluan isteri dari segi zahir dan batin dipenuhi, saya rasa seorang isteri yang baik tidak akan memandang kepada lelaki lain. Memiliki kekasih gelap sebenarnya di luar fitrah seorang isteri dan wanita. Kedua-dua pemanggil semalam mengaku mereka berasa sangat bersalah dan berdosa serta sedang berusaha untuk membaiki keadaan. Apa yang disarankan oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah ialah supaya menghentikan perlakuan curang mereka serta merta dan bertaubat. Kesunyian itu boleh diganti dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti melakukan hobi. Cari sesuatu yang diminati dan boleh dibuat untuk memenuhi masa dan fikiran. Kekosongan jiwa pula boleh diganti dengan memperbanyakkan zikir dan membaca Qur'an. Jangan sekali-kali meluahkan masalah rumahtangga dan suami kepada lelaki lain. Kalau perlu diluahkan, cari kawan perempuan yang boleh dipercayai. Isteri yang curang tidak akan mencium bau syurga apalagi untuk memasukinya.

SUAMI BIASA...SUAMI LUAR BIASA.....

Faktor utama yang mencorak keluarga atau rumahtangga Islam ialah suami dan isteri. Rumah tangga mesti dibina atas taqwa yang kukuh yakni dengan menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat utama. Itulah bezanya rumahtangga biasa dengan rumahtangga luar biasa.

Biasanya suami...
Kalau baik pun, setakat jaga makan dan minum keluarga sahaja. Tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama biasanya terabai.






Suami luar biasa...
Ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan





Biasanya suami...
Mudah melenting apabila isteri atau anak-anak membuat salah. Ataupun ada juga suami yang biarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati, tidak kita betul atau salah.







Suami luar biasa...
Apabila isteri atau anak-anak buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka atau kerana dorongan nafsu.







Biasanya suami...
Menyerah bulat-bulat tugasan mengurus rumahtangga kepada isteri sekalipun dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.







Suami luar biasa...
Sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karier dan anak-anak untuk mengejar keredhaan Tuhan. Menyelesaikan urusan rumahtangga adalah satu kerja yang sangat besar bagi seorang isteri dan ibu demi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cintakan Tuhan.



Biasanya suami...
Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes suami main kayu tiga. Porak peranda rumahtangga dibuatnya.






Suami luar biasa....
Berpegang pada larangan Tuhan supaya tidak memandang wanita lain. Yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumah tangga.







Artikel ini dikirimkan kepada saya oleh seorang suami yang bercita-cita menjadi suami dan bapa yang luar biasa supaya rumahtangga yang dibina akan menjadi rumahku syurgaku... Terimakasih...

JANGAN LUKAKAN HATIKU...

MOTIPernahkah kita melukakan hati orang yang paling kita sayang? Tentu sekali..ia tidak dapat dielakkan (ye ke?). Saya ingin berkongsi satu permainan yang simple untuk mendapat gambaran bagaimana situasinya hati yang terluka....dan insyaAllah kita akan menjadi lebih berhati-hati selepas itu.

sekeping hati...


Langkah pertama - gunting kertas berbentuk hati.

Langkah kedua
- serahkan bentuk hati ini kepada orang yang paling hampir kepada kita dan yang paling kita sayangi seperti pasangan kita atau anak. Hati itu melambang hati orang yang kita sayangi.

Langkah ketiga
- minta dia carikkan bentuk hati itu setiap kali kita melukakan perasaannya. Lakukan ini selama seminggu atau dua minggu (atau terpulang kepada berapa lama yang kita suka, mungkin ada orang suka selama sebulan). Minta dia simpan carikan hati tersebut dan catitkan perkataan atau perbuatan kita yang telah melukakan perasaannya.

Langkah keempat
- selepas jangkamasa itu, kita reverse the process, bermakna minta dia cantumkan semula hati yang tercarik itu apabila kita membuat dia gembira dengan menggunakan salotape. Reversed process ini tidak ada due date. Buat sehingga habis semua carikan itu tercantum biarpun mengambil masa lebih dari dua minggu.

Langkah kelima
- minta dia serahkan semula hati yang siap tercantum itu kepada kita berserta catitan dan lihat keadaan hati tersebut.


hati yang terluka...


Setiap orang memiliki hati dan perasaan. Hati dan perasaan ini terdedah kepada rasa sedih, kecewa, marah, suka, gembira dan sebagainya. Dalam pergaulan kita sehari-hari bersama orang-orang yang kita sayang, ada masa-masanya kita yang terasa atau kita yang membuat orang yang kita sayang terasa hati dengan kita. Ada orang yang memendam perasaan yang terluka dan ada pulak yang melepaskannya bergantung kepada perwatakan orang tersebut.


hati yang berparut biarpun lukanya telah sembuh...


Permainan di atas membantu kita melihat hati dan perasaan orang yang kita sayang selama pergaulannya dengan kita. Sesuatu yang kita dapat lihat sesungguhnya lebih mudah untuk kita memahaminya. Lihat dalam masa yang singkat, bagaimana perkataan dan perbuatan kita telah melukakan hati dan perasaan orang yang paling hampir dengan kita sedangkan untuk memulihkannya kembali mungkin mengambil masa yang agak lama. Walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mencantum kembali hati yang telah tercarik itu, namun ia tidak boleh menjadi seperti bentuk asal bertepatan dengan kata-kata "biarpun lukanya sembuh tapi parutnya tetap ada".

Sekarang, tulis nama orang yang empunya hati tersebut dan tampalkan hati yang telah tercantum itu di tempat yang mudah kita lihat. Ia akan memberi peringatan kepada kita setiap kali kita ingin melaku atau mengucapkan sesuatu yang mungkin akan mengguris hatinya. InsyaAllah kita akan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap perasaan orang yang kita sayang.

HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI

Artikel ini saya dapat dari email. Just to share with all...


"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad saw mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "YaRasulullah, apa yang membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "YaAli, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak,membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumahtangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA. Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak,membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya denganpenuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mestilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

SEORANG WANITA..........

Artikel dari email..


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Amatlah mudah bagi seorang wanita untukmenjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

(Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.)


Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". (Ath-Thabrani.)


"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". (Ibnu-majah)


"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". (Ibnu - Majah)

JADILAH SUAMI YANG TERBAIK.....

Here is something to share....

MENJADI suami terbaik adalah impian lelaki sejati. Untuk berjaya, lelaki mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia di samping isteri tercinta serta cahaya mata yang comel dan bijak. Begitu juga dengan wanita. Mereka mengimpikan lelaki yang mampu menyayanginya, berkongsi susah senang dan sekali gus membesarkan cahaya mata tanpa sebarang masalah. Bagi membentuk rumah tangga bahagia, bukan satu pihak saja yang harus berkorban. Baik suami mahupun isteri, mereka harus sepakat dalam mengemudi bahtera menuju destinasi yang diimpikan bersama. Panduan berikut barangkali boleh membantu pasangan khususnya si suami untuk mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan.

- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya dia berasa lebih dihargai.

- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga adalah antara punca anak menjadi liar.

- Suami tidak seharusnya terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun.

- Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta memberi tekanan pada anak dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi dihormati.

- Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Antara punca kegagalan adalah sikap ragu-ragu.

- Suami tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri walau untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya memperlekehkan isteri.

- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.

- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri serta anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.

- Suami yang mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada isteri dan anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.

- Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

- Usah mengkritik isteri keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan atau apa saja kerana ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si isteri. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangatnya.

- Usah berbohong pada isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan isteri pada suami apabila ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih menyerlahkan kejujuran.

- Isteri tidak gembira jika suami terlalu kedekut atau berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan.

- Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulang tahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian.

- Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan.

- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri atau keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka sedalam-dalamnya.

- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.

- Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.

- Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran.

- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.

- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka.

- Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada isteri saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.

- Suami tidak harus memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri.


BAGAIMANA MAKAN,BEGITULAH CINTANYA...

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak :

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :

Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

Tirana: Artikel ni saya dapat melalui email yang di forwardkan oleh seorang teman. Entah lah boleh percaya ke tidak...Boleh ke dikaitkan cara makan dengan perasaan cinta seseorang...hmmmm...

Friday, November 6, 2009

Renungan

.
.
.
.
.
.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.






Saturday, October 10, 2009

PANTANG

salam rakan blogger semua...
Buat pengetahuankalin semua aku bercuti lama...
So, kalau rumahku ini bersawang harap maaflah yer...
Buat pengetahuan kalian, aku telah selamat melahirkan baby boy seberat 2.92kg pada 30 Sept 2009 jam 5.43 ptg di Hospital Teluk Intan....
Kali ini pengalaman ngeri sikit...Aku bersalin emergency caeserean....
Alhamudlillah semuanyer selamat.....
Pic baby????Belum di transfer ke laptop lagih....
Harap bersabar...Akan ku masukkan dalam n3 akan datang.....
Tunggu luka caeserean sembuh dulu k............

Wednesday, September 16, 2009

Benarkah....?????

Tadi aku p check up...dah 35 weeek 4 day....
Mula2 masuk bilik ujian urin....Ok,tak dak masalah...
Terus p timbang n tekanan darah....Juga Ok....
Nurse suh masuk bilik 2 untuk pemeriksaan Perut.....
Lama jgk la tunggu....baru tiba giliran aku...
Masuk2 nurse suruh baring....Ukur tinggi rahim...36cm...ok la....
Kepala pon di posisi betul....Jantung baby pun ok....
Nurse nasihat kalau ader tanda2 nak bersalin contohnyer ketuban darah or air terus p hospital....
Nurse ader ty baby 1st dulu ketuban darah or air...
Aku ckp la ader kuar darah...air ketuban doc pecahkan masa dlm labour room dah masa nak bersalin tu...
Lepas tu nurse suh masuk bilik scan untuk buat scan dan lepas tu jumpa doc...
Aku terus ker bilik scan....nurse scan ....kepala ok duk di posisi yg betul....Ukur kepala...badan...peha...n so on la....Aku tgk nurse tu duk godek sana godek sini...
Aku pon ty la nampak tak boy or girl ?
Nurse tu gelak n cakap dia tgh cari....Hahahahahha, anak mama main sorok2 ek....
Lama gak la....lepas tu baru ler nurse tu jumpa...Nurse tu cakap B**.... Sama masa aku p scan kat private klinik masa 6 month +......
Aku cakap tak per la B** or G****, asal sihat,selamat n sempurna semuanya......
Tiba2 nurse ty aku due date bila? Aku jawab 17hb 10....tp masascan 3 month n 6 month dulu 14hb due datenyer......
Tau nurse tu ckp per.....Ape yang dia cakap tu leh mendebarkan aku n menghilangkan mood raya n balik kampung yg sedang aku rasai....
Murse tu ckp kalu ikut scan nie due date aku 26hb 9.....Huh...jauh tu beza.....Dia kata berat baby dah 3.5 kg....Lagi la terkejuz gila aku.....Besonyer............
Maknanye aku kena berjaga2 la....dlm cuti raya nie maybe aku bersalin...itu pon kalau betui la....
Huhuhuhu...Sabaq yer baby...kasi la mama raya dulu...Mama nak makan lemang,ketupat n tapai dulu...Hehhehehehe....Kalau nakkuar pon tunggu la hujung2 cuti ek....Leh la papa sambung cuti dia lagi seminggu....Hikhik (Papa cakap lerrrrr)....
Jumpa doc pun tak masalah aper2 doc ckp....Alhamdulillah.....
Semoga kami berdua selamat n sihat hendak-Nya.....
Amin......

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga...
Ampun Maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa tersalah kata


Thursday, July 16, 2009

KURSUS INDUKSI (PART 1)

TOday adalah 1st day aku kat Pangkor Coral Bay Resort menghadiri
KURSUS INDUKSI KUMPULAN1 AMBILAN 6/2009...

Tiba di Jeti LUMUT, tup2 bertemu dengan kawan lama yang sangat kurindui..
Cuba teka siapakah gerangannya......????
Aku jumpa Wani n ramai lagi kawan2 sekuliah semasa di UPC....Seronok weh...
Diorang pun datang Kursus Induksi gak...
Aku berharap dapat menghadiri kursus ini dengan sebaiknyer...

Belum pom mula Kursus Induksi, aku dikhabarkan berita yang menyedihkan oleh INCIK SUAMI....
Berita yang tidak disangka-sangka olehku....
Apakah berita sedih itu.....????
Incik Suami call n bagitau...
"Ayang, SWIFT xcident...."
Aku dengan bodohnyer bertanya
"Swift mana.....?"
Tak terfikir plak swift yang dimaksudkan oleh incik suami ialah KEKASIHku...
Incik suami menjawab ...
"SWIFT laaaaaaaaa......"
Oh my GOD, KEKASIH aku xcident dengan teksi kat IPOH....
Terkedu sekejap aku..nak marah pun ader...
Baru hari nie tinggalkan KEKASIHku dah sakit....
Huhhuhuhuhhu....
Incik Suami berkata...
"Nak buat camner, dah nak geroh...Abang beringat doh...."
Aku pun nak kata aper la....
" Ermmmmmmmmmm.....nakwat camner...."
Takper la bang,ayang tau abang bukan sengaja....
Benda dah tertulis, elak macam manapun akan kena jgk...
Dah ditakdirkan Kekasihku itu jatuh sakit....
Tp janji yer, abang mesti rawat KEKASIH ayang tu seperti sebelum ayang tinggalkan kat abang okey.....

RINDU BANGAT SAMA MR.WHITE....



Thursday, July 9, 2009

Transformasi....



Mr.White ku akan mengalami tranformasi sebegini...
InsyaALLAH....tp tak tau bila la lagi....
Sayang weiii....sbb masih under warranty.....
Posted by Picasa

Sunday, May 24, 2009

BINGKA ROTI BERJAGUNG


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A 150 g gula kastor 100 g mentega, dicairkan 1/2 camca teh garam 300 g roti putih, didadu 200 g tepung gandum 1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair) 200 g jangung krim dalam tin
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

ROTI GULUNG


ROTI GULUNG

Bahan Roti

roti sandwich secukupnya
telur [pukul sebati]
breadcrumb
500 ml minyak k [untuk menggoreng]

Bahan Inti
1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
2 tangkai cili merah [cincang kasar]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.



Friday, May 1, 2009

Tragis 1st Mei.....

Salam everybody....
Memang agak lama aku x update kat cini....
Bukannyer dah luperkan alam blog hini tp keadaan diri tidak mengizinkan....
Dr Feb hingga la ke last week aku mengalami gangguan kesihatan yg dicari....Hikhikhik....
Monday to Wednesday aku kat Seri Malaysia Taiping, Meeting Pemilihan Anugerah Pelajar (Shell, Al-Mithali Tabung Haji dll)...
Dan aku terperasan selera makanku agak baik bila di sana.....dan hingga la ker hari ini sudah semakin baik....Mungkin penyakit yg aku cari itu dah beransur meninggalkan aku.......

Thusday, belum habis penat di taiping, aku bawak anak2 pelajar aku ker Karnival Seni Jauhi Dadah (KSJD) peringkat daerah bertempat di SMK Slim, Slim River.....
Sampai Petang gak.....Aku smpai rumah around 3.00 pm......
Cadang nak balik Kg...tp duk dalam dilema lagih.....
Nak balik tak nak, nak balik tak nak, nak balik tak nak.......huhuhuhu.....Conclusionnyer, kitorang nak balik.......Yeaaaaaaaaaa..............
Kul 4 Mr. Hubby tolong Jiran depan rumah angkat barang nak pindah ke PB......
Aku dah siap2 kemas barang nak balik kg...Lepas tu jenguk jiran sat.....
Tup2 Mr. Hubby cakap nak p main takraw dulu....lepas mahgrib baru bertolak balik....
Huh........Aku dah penat......So, after maghrib tu kitaorang cancel nak balik......

Pagi tadi bangun tidor rasa sunyi jew quarters....
Intai la kat luar, kete tak byk n ader yg faamily datang nak p jenjalan.....Huhuhu...kesedihan melanda diri....Aku pun cakap la kat Hubby....
I : "Sunyi la, Balik kg nak tak..."
Hubby : "Jom la...P siap la cepat.."
Aku pon apa lagih terus mandikan anak dara sorang tuh n aku sekali laaaa....
Barang2 dah packing smalam....So, kul 11 kitaorg gerak...
Ingat nak balik ikut cameron tp tgk jalan mcm byk keta jew....So, balik ikut Simpang Pulai jew....
OTW balik tu, my sis call cakap rumah Pak Su terbakar pg tadi...Huhhuhuhu....Kesiannyer....
Barang2 tingkat bawah dapat diselamatkan cuma yg tingkat atas jew yg habis hangus........
Bukan 1 rumah jew tp melibatkan byk gak la sbb rumah kat area tuh dekat2.....

Itu satu tragis 1st Mei.......
Ingat itu jew la perkara buruk yg berlaku tp rupa-rupanyer.......
Tgh kitaorg duk dinner tu...Pak Su dapat call dr our sedara la rasanyer.....
2nd tragis yg diterima ialah.....Pakcik Bakti, sedara kitaorg kat LAKOTA telah meninggal dunia dan masa dapat call tu diaorg cakap mayat tengah dimandikan.....
Pak Su ty gak aper sebenarnyer yg terjadi....Diaorg cakap dtg dulu baru tahu......
Apalagi....Kitaorg pun bergegas la ker sana............
Aku pun tak tahu nak cakap aper........
"Banyakkan bersabar dan tabah menghadapinyer, redha dengan apa yang berlaku kerana semuanyer adalah atas kehendak YANG MAHA ESA...Dia yang mengetahui segala-NYA.."


p/s: sorry la entry yg panjang....
Kemmaruk nak menulis di sini....Hikhikhik.....

Wednesday, February 18, 2009

MASALAH....

“Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah.”

Masalah sifatnya sementara.

Walau seteruk manapun kita sekarang ni kerana berdepan masalah, percayalah mesti ada cara untuk ia diselesaikan. Biasanya, masalah yang muncul sesuai dengan kapasiti kita, kebolehan dan potensi kita.

Adakah itu kebetulan? Tidak. Ia telah diatur jadi sebegitu.

Sesusah-susah Anda mendepani masalah, ketahuilah ada orang lain yang masalahnya lagi susah daripada Anda. Bila tiba-tiba dibebani masalah, jangan sesekali menyalahkan takdir, orang sekeliling, kawan-kawan ataupun menyalahkan nasib. Salahkan diri sendiri.

Sama ada Anda tahu atau tidak, hakikat sebenar punca masalah adalah daripada Anda. Jika bukan dari kata-kata, masalah berpunca dari perbuatan Anda yang tersilap atau kurang berhasil.

Jika bukan dari perbuatan, ia dari fikiran Anda. Mungkin, Anda suka bersangka buruk pada setiap orang, setiap situasi, perkara dan benda. Anda memandang buruk pada orang lain, serta merta fikiran Anda menarik situasi-situasi buruk untuk muncul dalam hidup Anda.

Seberat manapun masalah Anda, masih ada harapan untuk ia berlalu pergi dari hidup Anda. Janji, ada kemahuan yang kuat untuk keluar dari masalah kemudian sanggup melakukan apa yang perlu dalam proses menyelesaikan masalah.

Untuk bermula, ubah sikap, ubah kata-kata, ubah juga apa yang ada difikiran.

Spaghetti Udang Ringkas


Bahan-bahan ( 1~2org )

  • 200g spaghetti
  • 4 sd besar minyak zaitun (minyak masak pon ok)
  • 12~15 ekor udang yg dikupas kulit
  • 4 kpg cendawan
  • 3 ulas bwg putih diracik halus
  • 2 sd besar sos tomato
  • tomato (optional)
  • serbuk parsley (optional)
  • garam dan sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. rebus spaghetti dlm air panas yg telah dimasukkn sedikit garam dan 1 sd minyak(nk bg x nk melekat)
  2. bila spaghetti dh siap dicelur, toskn.
  3. dlm kuali, panaskn minyak. Tumis bwg putih sampai wangi.
  4. masukkn udang, gorengkn sebentar. Kemudian masukkn cendawan dan goreng lg.
  5. Masukkn spaghetti,tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.
  6. bila nk dihidangkn, boleh la ditabur dgn serbuk parsley.
  7. Nota: Ms rebus spaghetti tu, nk th dh cukup masak ke x, ambik sedikit spaghetti dan balingkn ke dinding. Kalo melekat kt dinding tu, dh bole diangkat dan ditoskn.

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,
dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,
banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.

3) RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,
dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,
sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usaha
kasik kusut rambut korang….)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesiannya!!!

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutannnnnnnnnnnn nnnnnn… .. Huahuahuahuahua……..
_._,_.___

Wednesday, February 11, 2009

CHEESE CHOC CAKE


Bahan-bahan ( 18cm )

  • Lapis Bawah:
  • 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
  • 70gm unsalt butter (dicairkan)
  • Lapis Atas:
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
  • 150gm dairy whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk
  • Chocolate mousse:
  • 250gm whip cream
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
  • Chocolate ganache:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega

Cara-cara

  1. Lapisan bawah:
  2. Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
  3. Lapisan atas:
  4. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  5. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
  6. Chocolate mousse:
  7. Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
  8. Chocolate ganache:
  9. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
  10. Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!
  11. *note: sape yg rase nk mkn cake ni mcm ice cream ley bekukan dlm freezer..n sape yg nk cake ni sejuk biase..boley la letakkan cake ni dlm peti ais biase(bkn freezer)..tp kene biarkan atleast 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..
  12. *note: klu cake ni dibekukan dlm freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kate chef bile cheese beku jadi ais..nnti bile kluar dr freezer, ais tu akan cair..so smpan dlm peti ais biase mayb boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua..=)


CUSTARD CREAM PUDDING


Bahan-bahan ( 5 biji (8cm x 3 cm) )

  • 2 biji telur
  • 80g gula
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 240ml susu cair/susu segar
  • 100ml whipping cream
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Masukkan telur,tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga semua sebati atau gula larut.
  2. Panaskan susu sehingga hampir mendidih tp jangan sampai mendidih. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi dan kacau.
  3. Masukkan pula whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180C. Guna kaedah waterbath(letak bekas puding dlm loyang/oven plate yg ada air. Air yg dimasukkan ke dlm oven plate tu biar kedalamannya lebih kurang 1cm) untuk bakar puding ni. Atau boleh juga dikukus.

EASY PASTA BAKE


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
  • 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 labu bawang besar – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 tin cendawan butang - dihiris
  • 1 biji lada benggala - didadu
  • 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
  • 1 batang carrot – didadu
  • 1 batang celery – didadu
  • 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
  • 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
  • Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan sos putih :
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
  • Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

KEK PUDING KARAMEL


Bahan2:

Karamel:
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air suam

Pudding:
4 biji telur
500ml fresh milk
79gm gula
Sedikit esen vanila

Kek Span:
70gm Tepung Gandum
60gm gula Halus
2 biji telur
20gm mentega - dicairkan

Cara2:
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Kekpudingkaramel1
    Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Kekpudingkaramel2
  1. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  2. Kekpudingkaramel3
    Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  3. Kekpudingkaramel4
    Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  4. Kekpudingkaramel5
    Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  5. Kekpudingkaramel6
    Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Kekpudingkaramel7
    Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  7. Kekpudingkaramel8
    Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  8. Kekpudingkaramel9
    Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  9. Caramelcakepudding
    Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Nasi Goreng Tomyam


Bahan2 (4 orang)
2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong - potong ring
200gm daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi -tumbuk @ potong kecil2
1 paket perencah tomyam adabi @ 2 kuib pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiriskecil2
carrot - potong panjang
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
1 biji telur
Daun limau Purut
garam secukup rasa

Cara2
1. tumis bawang putih+merah hingga naik bau..
2. Masukkan pes tomyam..Kalu kering sgttambah air..Masukkan cili padi...
3. Masukkan ayam, masak sampai isi ayam masak ...
4. Masukkan udang,sotong, tomato,carrot, daun limau purut...gaul rata
5. Masukkan Garam...Kacau rata dan masukkan telur..Masukkan nasi dan kacau lagih...
6. LAst skali masukkan kobis dan gaul mesra....Padam api...
7. Hias dengan daun bawang n hirisan lada merah....
8. Hidangkan bersama ayamberempah, keropok ikan @ sup ayam jika suka..

SELAMAT MENCUBA



Tuesday, February 10, 2009

Upin & Ipin




Beria shoopping kat Kedai Upin & Ipin...
Antara barang yg dibeli :
Beg Upin & Ipin
T-Shirt Upin & Ipin
Pencil Box Upin & Ipin
Bagde Upin & Ipin...
Pokai Mama....
Ada lagih tu yg nak dibeli....
Lain kali yer Kakak....

BIRTHDAY PRESENT

01 Feb 2009 genap umur i 26 tahun....
Harapan i moga
Dipanjangkan umur...
Dimurahkan rezeki...
Diberkati Kehidupan Dunia Akhirat...
Menjadi Anak, Isteri, Ibu dan Umat yang Solehah.....
Dikurniakan anak yang soleh dan solehah....
Amin

For Papa :
Thanks U papa 4 the birthday present...
Ampunkan segala salah silap Mama yg sengaja @ tak disengajakan...
Jagalah Our Family sebaiknya....
Bimbinglah kami ke jalan kebenaran...
Jalan yang diredhai oleh ALLAH S.W.T
Amin.....
No word can describe how much I love U.....

To Kakak @ Mya :
Semoga menjadi anak yang solehah buat mama n papa....
Don't be a naughty girl k....
Main toy kena simpan tau...Jangan kasi sepah2....
Mama Papa sayang Kakak Sangat2......




Birthday Present From Hubby