Faktor utama yang mencorak keluarga atau rumahtangga Islam ialah suami dan isteri. Rumah tangga mesti dibina atas taqwa yang kukuh yakni dengan menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat utama. Itulah bezanya rumahtangga biasa dengan rumahtangga luar biasa.

Kalau baik pun, setakat jaga makan dan minum keluarga sahaja. Tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama biasanya terabai.

Ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan

Mudah melenting apabila isteri atau anak-anak membuat salah. Ataupun ada juga suami yang biarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati, tidak kita betul atau salah.

Apabila isteri atau anak-anak buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka atau kerana dorongan nafsu.

Menyerah bulat-bulat tugasan mengurus rumahtangga kepada isteri sekalipun dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.

Sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karier dan anak-anak untuk mengejar keredhaan Tuhan. Menyelesaikan urusan rumahtangga adalah satu kerja yang sangat besar bagi seorang isteri dan ibu demi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cintakan Tuhan.

Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes suami main kayu tiga. Porak peranda rumahtangga dibuatnya.

Berpegang pada larangan Tuhan supaya tidak memandang wanita lain. Yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumah tangga.
Artikel ini dikirimkan kepada saya oleh seorang suami yang bercita-cita menjadi suami dan bapa yang luar biasa supaya rumahtangga yang dibina akan menjadi rumahku syurgaku... Terimakasih...
No comments:
Post a Comment