Wednesday, February 18, 2009

MASALAH....

“Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah.”

Masalah sifatnya sementara.

Walau seteruk manapun kita sekarang ni kerana berdepan masalah, percayalah mesti ada cara untuk ia diselesaikan. Biasanya, masalah yang muncul sesuai dengan kapasiti kita, kebolehan dan potensi kita.

Adakah itu kebetulan? Tidak. Ia telah diatur jadi sebegitu.

Sesusah-susah Anda mendepani masalah, ketahuilah ada orang lain yang masalahnya lagi susah daripada Anda. Bila tiba-tiba dibebani masalah, jangan sesekali menyalahkan takdir, orang sekeliling, kawan-kawan ataupun menyalahkan nasib. Salahkan diri sendiri.

Sama ada Anda tahu atau tidak, hakikat sebenar punca masalah adalah daripada Anda. Jika bukan dari kata-kata, masalah berpunca dari perbuatan Anda yang tersilap atau kurang berhasil.

Jika bukan dari perbuatan, ia dari fikiran Anda. Mungkin, Anda suka bersangka buruk pada setiap orang, setiap situasi, perkara dan benda. Anda memandang buruk pada orang lain, serta merta fikiran Anda menarik situasi-situasi buruk untuk muncul dalam hidup Anda.

Seberat manapun masalah Anda, masih ada harapan untuk ia berlalu pergi dari hidup Anda. Janji, ada kemahuan yang kuat untuk keluar dari masalah kemudian sanggup melakukan apa yang perlu dalam proses menyelesaikan masalah.

Untuk bermula, ubah sikap, ubah kata-kata, ubah juga apa yang ada difikiran.

No comments:

Post a Comment