Wednesday, March 23, 2011

Dulce de Leche



Resepi ini saya ambil dari Teratak Impian .....minta permisi CnP yer tuan tanah...


Bahan-bahan:
  • Susu Pekat Manis
  • Periuk Pengukus
  • Air
Cara-cara
  • Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • Masukkan tin susu ke dalam periuk. Letak ditengah2 periuk. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • Tutup periuk dan rebus selama 3 jam atau lebih! lagi lama rebus, kaler akan makin gelap. Pastikan air didlm periuk tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.

MACAROONS...

Tetiba terjumpa Macaroon nie...
Mcm Glamour jew...Harga pon bleh tahan...
Teringat citer kak midah..
Anak dia ckp macaroon nie sedap tp mahal yg amat...

Godek2 Pakcik Google terjumpa ler resepinyer...
Harus kucuba nie...
Aper2 pon aku share dulu resepi kat sini k....
Minta permisi tuan tanah untuk CnP resepi yer...


Sumber : Pn.Suraya ...

Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar


filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon

2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

* Selamat mencuba...Filling tuh leh ikut kegemaran masing2...


*Gambar diambil dari Pakcik G...

Sekadar membuatkan air liur
penonton meleleh....huhuhuhu...


Tuesday, March 1, 2011

AIS KRIM GORENG


Pernah makan ais krim goreng nih kat Tanah Merah dan MITC Melaka (SDSI 2009)..
Sedap sgt...
Dan duk terfikir mcm mana depa buat ais krim goreng nih...
Skrg dah jumpa resepi n how to make it...
So...Layan jew.....

Resepi i skodeng kat HomeKreation nie.....
Minta izin C n P yer kak...

BAHAN2:
Beberapa keping roti (Gardenia @ per2 brand)
Ais Krim (any flavour)
Gelas

CARA2:
1. Gelek kepingan roti sampai padat gitu...
2. Letak ais krim (nak senang pakai scoop ais krim tuh) atas sekeping roti.
3. Tutup dengan sekeping lagi roti..
4. Potong dengan menggunakan gelas..
5. Ulang langkah 2 -4 sehingga roti habis...
6. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freeze 3 jam @ semalaman...
7. Panaskan minyak (betul2 panas)
8. Goreng kepingan roti yg dah dibekukan td sekejap (<> 1 minit) Biar luarnyer nampak garing...
9.Boleh la di 'ngap'....



Sunday, October 24, 2010

Menu 3 in 1

Hari nie aku masak menu 3 in 1...
Teringin nak makan...
Kat kedai tak sama dgn yg wat sendiri....
Wat sendiri lagi sodap...
Kihkihkihkihkih.....
Aper menu 3 in 1 aku yer...
3 in 1 tu mean...
Masak untuk makan Breakfast + Lunch + Dinner sekaligus...
Menu nyer ialah

NASI KERABU + AYAM KENTUCKY + SOLOK LADA...
Layan gambor di bawah yer....
Sini pon saya share how to cook Nasi Kerabu & Solok Lada....


~NASI KERABU KUNING/BIRU~
***(sesuai utk 4-6 org makan)***
* Saya wat nasi biru request drpd my doter

-4 pot beras Siam
-Sebatang serai yg diketuk
-1 sudu kecil serbuk kunyit @ serbuk biru import dari Kelate@ bunga talang
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
Masak seperti masak nasi biasa jew...

Sambal Tumis:
-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-sebiji kelapa(ambil stn agak pekat)
-garam ,gula secukup rasa (*saya ganti gula dengan nise@gula melaka)
-2 keping asam gelugor

*Untuk memasak sambal tumis*

-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang
agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa
garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk
budu sesudu baru ngam.

*SAMBAL IKAN*
-2 ekor ikan kembong/sardin sederhana besar
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut
- lada hitam 1 sudu besar

Caranya:
-Kelapa parut digoreng garing.
-ikan bakar tadi diambik isi.
- Tumbuk lada hitam,bawang,serai dan garam.
-Gaul kelapa dengan isi ikan dan masukkan bahan2 tumbuk...
-Nise@Gula Melaka dimasak dulu then tarukdlm kelapatdn gaul rata...

*ULAM-ULAMAN*
-Daun serai kayu adalah ulam utamanya,taugeh,kacang panjang,timun batang ,kubis,bunga
kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh,pucuk pegaga dll!!!

*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak
pedas ditenyeh2)
*Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu
*taburkan kerepok atas nasi.
*Boleh dimakan dengan ikan goreng celup
tepung,daging bakar, ayam goreng berempah,telur asin,aye perchik,solok lada sebagai
pilihan.(lagi byk lauk lagi sedap weih...kosnya tentulah tinggi..sebab itu mahal harganya!!!)


SOLOK LADA
Cara-cara menyediakan solok lada

Bahan-bahan:

10 biji lada solok (buang biji dan bersihkan)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 hiris halia (ditumbuk)
10 biji lada hitam (ditumbuk)
5 ekor ikan tamban atau sardin yang telah dipanggang atau direbus (dibuang tulang dan tumbuk)
½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
½ cawan santan pekat
½ cawan santan cair
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit Ajinomoto (pilihan)
*Saya tak letak sbb memang tak penah pakai ajinomoto dalam masakan


Cara-cara:

Semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi hendaklah digaul dan ditumbuk semuanya. Setelah sebati gaulkan dengan kelapa parut. Kemudian masukkan sedikit garam, gula dan setengah cawan santan pekat. Gaul rata-rata dan sumbat ke dalam lada.
Kemudian masukkan lada tadi ke dalam periuk. Masukkan setengah cawan santan cair lalu dimasakkan di atas api lebih kurang 10 hingga 15 minit.