Showing posts with label PUDDING. Show all posts
Showing posts with label PUDDING. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

CUSTARD CREAM PUDDING


Bahan-bahan ( 5 biji (8cm x 3 cm) )

  • 2 biji telur
  • 80g gula
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 240ml susu cair/susu segar
  • 100ml whipping cream
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Masukkan telur,tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga semua sebati atau gula larut.
  2. Panaskan susu sehingga hampir mendidih tp jangan sampai mendidih. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi dan kacau.
  3. Masukkan pula whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180C. Guna kaedah waterbath(letak bekas puding dlm loyang/oven plate yg ada air. Air yg dimasukkan ke dlm oven plate tu biar kedalamannya lebih kurang 1cm) untuk bakar puding ni. Atau boleh juga dikukus.

KEK PUDING KARAMEL


Bahan2:

Karamel:
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air suam

Pudding:
4 biji telur
500ml fresh milk
79gm gula
Sedikit esen vanila

Kek Span:
70gm Tepung Gandum
60gm gula Halus
2 biji telur
20gm mentega - dicairkan

Cara2:
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Kekpudingkaramel1
    Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Kekpudingkaramel2
  1. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  2. Kekpudingkaramel3
    Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  3. Kekpudingkaramel4
    Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  4. Kekpudingkaramel5
    Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  5. Kekpudingkaramel6
    Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Kekpudingkaramel7
    Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  7. Kekpudingkaramel8
    Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  8. Kekpudingkaramel9
    Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  9. Caramelcakepudding
    Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Tuesday, January 20, 2009

No Bad laaa....

Butter Bread Pudding

Semalam buat nih...
1st time try buat....
Resepi diambil dari internet...
Dan hasilnyer....
Jeng...jeng...jenggggggg....
No bad la sbb 1st time buat kan....

Sebelum baked....
Taruk raisin byk2 sikit sbb I memang suka raisin...



Setelah masak.....
Tak sempat naksnap pic yg masih belum dipotong ...
Sebab bila masak jew terus potong....
Tak tahan beb....
Terus ngap....
Marvellous....


Resepinyer....

Bahan2:
Karamel :
1/2 cawan gula + 2 tbs air+ 2 tbs air suam...
(Masak gula yg dicampur 2 tbs air hingga keperangan... Then tambah lagi 2 tbs air suam td...Tuang dalam acuan....)

Bahan Pudding :
2 keping roti disapu butter then bakar...potong kecil2...
Sedikit butter (untuksapa kat roti tadi la..)
4 biji telur
600ml Susu segar/susu cair
8 sudu gula (tak nak manis kurangkan)
Sedikit esen vanila
Sedikit raisin

Cara2:
1. Campur semua bahan (telur, susu, gula. esen vanila)dan kacau perlahan hingga gula hancur dan sebati.
2. Tapis ke dalam acuan yg ader karamel td..
3. Tabur roti then akhir sekali tabur raisin....
4. Bakar pada suhu 180'C selama 40 minit. Api atas bawah....
Makan dengan Ais Krim Vanila lagi sodap...

READY TO NGAP....