Wednesday, November 25, 2009

N3 YANG MENGGILA.....

Agak lama tak berblogger...
Hari nie memang betul2 mengila n3nyer....
Saja mengisi kekosongan hidup yang melanda diri ini..
Sepanjang aku terjebak dengan arena blogger nie,inilah kali pertama aku menepost byk n3 dalam masa tak sampai 1jam...Giler weh....
Actually, aku sebenarnyer saja nak kongsi aper ape yang aku dapat dengan rakan2 blogger....
Dan yang pasti sedikit sebanyak adajuga menyentuh diriku.....

Kecewa
Sedih
Kesal
Kesunyian

Dan macam2 perasaan melanda hatiku sekarang...
I dun't know how to tell u all...
BIARLAH RAHSIA...




Anak-anakku,kalianlah penyeri hidupku..
Kalian lah yang memberi semangat dan ketabahan dalam menharungi liku-liku kehidupan.....
Mama sayang kalian berdua.....

KEKASIH GELAPKU...

Bunyi talipon berdering mengejutkan saya yang hampir terlelap tengahari semalam.

"Cepat buka TV3, ada issue menarik." Terdengar suara kawan baik saya di hujung talian.

"Okay." Saya yang masih termangu-mangu menjawab lantas meletakkan gagang talipon seraya berlari masuk ke bilik untuk menonton rancangan yang dimaksudkan oleh kawan baik saya itu.

Rancangan yang dimaksudkan ialah "WANITA HARI INI" dan issue yang dibincangkan ialah "KEKASIH GELAP". Ahli penal yang dijemput ialah seorang artis wanita (maaf saya terlupa namanya) dan Dato' Dr Fazilah Kamsah. Pengacaranya seperti biasa dua orang wanita. Ketika kawan saya memberitahu, rancangan itu telah 15 minit berlalu.

Kekasih gelap berkait rapat dengan kecurangan samada kecurangan seorang suami kepada isterinya atau kecurangan isteri kepada suaminya dengan memiliki orang ketiga yang dipanggil kekasih gelap di luar rumah.

Suami yang curang telah biasa kita dengar. Menurut Dato' Dr Fazilah Kamsah, miang lelaki di tiga peringkat umur iaitu 20an, 40an dan 60an. Kadang-kadang tiada sebab lain bagi seorang lelaki untuk berlaku curang. Walaupun rumahtangga dirasakan cukup sempurna, memiliki seorang isteri yang tip top dalam semua segi, tetapi seorang lelaki masih menyimpan niat untuk kawin lebih dari seorang. Memang semulajadinya lelaki begitu. Saya teringat seorang ustaz (maaf saya terlupa namanya) pernah berkata, lelaki normal memang memasang niat untuk memiliki lebih dari seorang isteri cuma seorang lelaki yang baik dan bertanggung jawab, akan berfikir dan menimbangkan sebaik mungkin sebelum melaksanakan niatnya. Dia tidak membuat keputusan mengikut nafsu dan perasaan. Sebagai wanita dan isteri, kita patut menerima hakikat yang lelaki memang dijadikan Allah seperti itu, walaupun sesungguhnya sangat pahit bila mengetahui suami mempunyai wanita lain yang dicintai dan disayanginya selain dari kita. Seorang lelaki yang baik menurut Dato' Dr Fazilah Kamsah ialah berlaku jujur kepada isterinya. Sekiranya dia ingin berkahwin lagi, seeloknya dari awal lagi dia memberitahu isteri tentang niatnya itu, berbincang sebaik mungkin walaupun dia sudah maklum isteri mana yang sanggup dimadukan. Seorang lelaki yang baik juga tidak memburuk-burukkan isteri dan rumahtangganya di depan kekasih gelapnya. Segala perancangan untuk berkahwin lagi dibuat menurut islam bukan dengan berkahwin secara senyap-senyap di sempadan negara jiran dan isteri hanya dapat tahu dari mulut orang lain setelah suami mempunyai anak tiga dengan isteri kedua. Itu akan menghancur luluhkan lagi hati seorang isteri dan semakin sukar untuk isteri menerima kenyataan dan hakikat.

Dalam rancangan semalam, saya sempat mendengar panggilan dari dua orang pendengar. Kedua-duanya isteri dan kedua-duanya mengaku mereka mempunyai kekasih gelap malah seorang dari mereka telah terlanjur dengan kekasih gelapnya dan kini mengandung empat bulan. Dalam hal ini, menurut Dato Dr Fazilah Kamsah, biasanya terdapat kepincangan dalam rumahtangga yang menyebabkan isteri mencari kekasih gelap selain dari suami. Kadang-kadang seorang isteri tidak berniat untuk mencari cinta lain selain dari cinta suami tapi disebabkan sikap suami yang tidak prihatin dan kurang memberi belaian menyebabkan isteri mengalami kesunyian dan kekosongan jiwa. Di zaman sekarang yang serba canggih dengan teknologi komputer, seorang isteri tidak perlu keluar rumah untuk mencari kawan. Semuanya boleh dilakukan secara online. Dari kawan biasa jadi luar biasa dan akhirnya isteri akan terperangkap dengan perasaannya sendiri apabila ada lelaki lain yang dirasakan lebih memahami dan lebih prihatin dari suaminya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila lelaki tersebut melayan perasaan isteri orang itu lebih dari seorang kawan biasa. Di sinilah bermulanya kecurangan seorang isteri.

Untuk mengelak keadaan ini dari berlaku, suami perlu mengubah sikap dengan menjadi lebih prihatin. Seorang isteri bukan hanya memerlukan pakaian dan perhiasan tapi juga belaian dan kasih sayang serta sentuhan dari seorang suami. Bila keperluan isteri dari segi zahir dan batin dipenuhi, saya rasa seorang isteri yang baik tidak akan memandang kepada lelaki lain. Memiliki kekasih gelap sebenarnya di luar fitrah seorang isteri dan wanita. Kedua-dua pemanggil semalam mengaku mereka berasa sangat bersalah dan berdosa serta sedang berusaha untuk membaiki keadaan. Apa yang disarankan oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah ialah supaya menghentikan perlakuan curang mereka serta merta dan bertaubat. Kesunyian itu boleh diganti dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti melakukan hobi. Cari sesuatu yang diminati dan boleh dibuat untuk memenuhi masa dan fikiran. Kekosongan jiwa pula boleh diganti dengan memperbanyakkan zikir dan membaca Qur'an. Jangan sekali-kali meluahkan masalah rumahtangga dan suami kepada lelaki lain. Kalau perlu diluahkan, cari kawan perempuan yang boleh dipercayai. Isteri yang curang tidak akan mencium bau syurga apalagi untuk memasukinya.

SUAMI BIASA...SUAMI LUAR BIASA.....

Faktor utama yang mencorak keluarga atau rumahtangga Islam ialah suami dan isteri. Rumah tangga mesti dibina atas taqwa yang kukuh yakni dengan menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat utama. Itulah bezanya rumahtangga biasa dengan rumahtangga luar biasa.

Biasanya suami...
Kalau baik pun, setakat jaga makan dan minum keluarga sahaja. Tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama biasanya terabai.






Suami luar biasa...
Ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan





Biasanya suami...
Mudah melenting apabila isteri atau anak-anak membuat salah. Ataupun ada juga suami yang biarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati, tidak kita betul atau salah.







Suami luar biasa...
Apabila isteri atau anak-anak buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka atau kerana dorongan nafsu.







Biasanya suami...
Menyerah bulat-bulat tugasan mengurus rumahtangga kepada isteri sekalipun dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.







Suami luar biasa...
Sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karier dan anak-anak untuk mengejar keredhaan Tuhan. Menyelesaikan urusan rumahtangga adalah satu kerja yang sangat besar bagi seorang isteri dan ibu demi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cintakan Tuhan.



Biasanya suami...
Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes suami main kayu tiga. Porak peranda rumahtangga dibuatnya.






Suami luar biasa....
Berpegang pada larangan Tuhan supaya tidak memandang wanita lain. Yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumah tangga.







Artikel ini dikirimkan kepada saya oleh seorang suami yang bercita-cita menjadi suami dan bapa yang luar biasa supaya rumahtangga yang dibina akan menjadi rumahku syurgaku... Terimakasih...

JANGAN LUKAKAN HATIKU...

MOTIPernahkah kita melukakan hati orang yang paling kita sayang? Tentu sekali..ia tidak dapat dielakkan (ye ke?). Saya ingin berkongsi satu permainan yang simple untuk mendapat gambaran bagaimana situasinya hati yang terluka....dan insyaAllah kita akan menjadi lebih berhati-hati selepas itu.

sekeping hati...


Langkah pertama - gunting kertas berbentuk hati.

Langkah kedua
- serahkan bentuk hati ini kepada orang yang paling hampir kepada kita dan yang paling kita sayangi seperti pasangan kita atau anak. Hati itu melambang hati orang yang kita sayangi.

Langkah ketiga
- minta dia carikkan bentuk hati itu setiap kali kita melukakan perasaannya. Lakukan ini selama seminggu atau dua minggu (atau terpulang kepada berapa lama yang kita suka, mungkin ada orang suka selama sebulan). Minta dia simpan carikan hati tersebut dan catitkan perkataan atau perbuatan kita yang telah melukakan perasaannya.

Langkah keempat
- selepas jangkamasa itu, kita reverse the process, bermakna minta dia cantumkan semula hati yang tercarik itu apabila kita membuat dia gembira dengan menggunakan salotape. Reversed process ini tidak ada due date. Buat sehingga habis semua carikan itu tercantum biarpun mengambil masa lebih dari dua minggu.

Langkah kelima
- minta dia serahkan semula hati yang siap tercantum itu kepada kita berserta catitan dan lihat keadaan hati tersebut.


hati yang terluka...


Setiap orang memiliki hati dan perasaan. Hati dan perasaan ini terdedah kepada rasa sedih, kecewa, marah, suka, gembira dan sebagainya. Dalam pergaulan kita sehari-hari bersama orang-orang yang kita sayang, ada masa-masanya kita yang terasa atau kita yang membuat orang yang kita sayang terasa hati dengan kita. Ada orang yang memendam perasaan yang terluka dan ada pulak yang melepaskannya bergantung kepada perwatakan orang tersebut.


hati yang berparut biarpun lukanya telah sembuh...


Permainan di atas membantu kita melihat hati dan perasaan orang yang kita sayang selama pergaulannya dengan kita. Sesuatu yang kita dapat lihat sesungguhnya lebih mudah untuk kita memahaminya. Lihat dalam masa yang singkat, bagaimana perkataan dan perbuatan kita telah melukakan hati dan perasaan orang yang paling hampir dengan kita sedangkan untuk memulihkannya kembali mungkin mengambil masa yang agak lama. Walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mencantum kembali hati yang telah tercarik itu, namun ia tidak boleh menjadi seperti bentuk asal bertepatan dengan kata-kata "biarpun lukanya sembuh tapi parutnya tetap ada".

Sekarang, tulis nama orang yang empunya hati tersebut dan tampalkan hati yang telah tercantum itu di tempat yang mudah kita lihat. Ia akan memberi peringatan kepada kita setiap kali kita ingin melaku atau mengucapkan sesuatu yang mungkin akan mengguris hatinya. InsyaAllah kita akan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap perasaan orang yang kita sayang.