Friday, July 9, 2010

Bertemu Kembali

Salam semua rakan2 blog....
Dah lama saya tak mencoretkan khabar berita kami sekeluarga...
Bukan malas...
Bukan tak der cerita menarik.....
Tapi.....
Tiada kesempatan waktu untuk mencoretkan kisah suka duka kami di sini...
Sorry pada kawan2 yg menunggu2 perkembangan keluarga kami.....
So, hari ini ader sedikit waktu sebelum masuk ke kelas relief....
Saya akan update la cerita terkini.....

So, far Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan olehNYA....
Dan harapan semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami sekeluarga....Amin...

Anak-anak...

My 1st child...KAKAK @ Damia Batrisyia...
Kakak dah lebih kurang 6 bulan bersekolah...Itu pon atas kehendak dia gak...
Sepanjang dia bersekolah nie, byk improment dalam diri dia...
Sudah pandai berdikari...Dah boleh menulis dengan balik...Kenal Huruf, nombor...
Cuma baca tuh belum boleh lagi la....
Menghafal memang cekap......Tambah2 lagu2 ....Semua dalam kepala dia....
Dia tahu n hafal lagu Juara AF8, Shahir sedangkan kami tak penah tgk AF8....
Mana dia dgr tak tahula....
Suka nyakat n BULI adik...
Actually dia masih jeles n ldg2 rasa diri dia dipinggirkan bila aku n en.suami bermain dgn adik....
Harapan MAMA PAPA semoga kakak jadi anak yg solehah, kakak yg baik n sayang adik, murid yang rajin n bersungguh2 dalam pelajaran...Love u kakak...

My 2nd child pulak....ADIK @ Darwisy Harraz...

Adik dah nak masuk 10 bulan hujung bulan Julai ini.....Dah besar pon hero mama nie....
Skg Darwisy dah pandai berdiri n berjalan bergantung pada sesuatu yg ada berhampirannya....
Cepat hero mama nie....tak lama lagi boleh jalan la nie....
Bila Darwisy dapat kaki tak tahu la mama nak kawal mcm mana...
Skrg pun huh....ligat semacam....jenuh nak kepung...
Satu yg mama suka tgk...Adik suka sgt nak gurau ngan kakak...Tp kakak kdg2 buli adik...tak pandai nak main lembut2 ngan adik...
Sabar la dik, kakak jeles lagi tuh....Lama esok ok la tuh....
Gigi dah tumbuh 4 batang (2 bawah n 2 atas)..Mengigit pon boleh tahan la....
Semoga Darwisy menjadi anak yg soleh buat MAMA PAPA, adik yg baik dan sayang kakak....
Jadilah seperti dan seindah maksud namamu sayang....
Itu lah harapan MAMA PAPA....

Ok lah...kena stop dulu nie...
Nak masuk kelas....Kena gerak awai sbb kelas skrg tingkat 4....
Mengah aku nak smpi ke atas....Kdg2 smpi tak cukup oksigen jew...
Byk lagi nak bercerita...
Kita smbung entry akan dtg k....
Bye...Salam....
Layan la pic anak2 di bawah ini......




Friday, January 15, 2010

KEK LAPIS MASAM MANIS


Bahan-bahan ( ramai org leh makan )
10 bIji telur ( asingkan putih dan kuning )
1 gelas Gula Halus
450gm Mentega
1 gelas Tepung Biskut Marie ( Biskut MArie yang bulat di kisar jadi serbuk )
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
1 tin susu pekat
Pewarna merah . Hijau atau kuning
Hawflakes secukupnya
2 Gelas tepung Hong Kong
Cara-cara
pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
Pukul mentega hingga kuning
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan.
Bahagi kpd 2 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning
Lapis adunan warna hijau dulu bila separuh masak susun kan hawflakes di atasnya.
Masukkan adunan warna kuning dan bila sudah separuh masak susunkan hawflakesdi atasnya.
Buat hingga adunan habis.

Thursday, January 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 Masihi / 1431 Hijrah

Tahun 2009 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.
Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2009). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?
Percayakah anda jika saya katakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.
Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.Sama-sama kita bermuhasabah.
Akhir kata Selamat Tahun Baru 2010.…

Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.
Selamat tahun baru 2010.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.