Thursday, August 4, 2011

1 RAMADHAN 1432


Hari pertama berbuka masak simple2 jew..
Ayam Masak Cili Api, Sambal Sotong, Sayur Campur, Air Cendol dan juga kuih lopes...
Alhamdulillah rezeki hari pertama berpuasa...

Setiap tahun bila tiba bulan puasa kuih lopes akan menjadi kuih wajib untuk berbuka,..kuih nie i beli jew dari PARAM..
Ada lg lauk wajib sepanjang bulan ramadhan untuk bersahur... apa dia?
Apa lagi dr kecik smpi la ke sekarang dah jadi mak pon masih duk ngadap lauk tuh la bila bersahur..
Dulu2 kalau bangun sahur tgk kat meja makan tak dak laun tuh semua pakat duduk termenung..
So, nenek terpaksa la goreng lauk tuh...
Apa dia???? tgk ler gambar kat bawah tuh...

telur mata + kicap kipas udang manis adalah fav aku adik beradik termasuk atuk paksu n semua la...Slalu bulan puasa sebotol besar kicap + berpuluh2 biji telur akan dibeli untuk stok..
Setiap pagi ada la 7 8 biji sekali goreng...
lauk lain tak pandang dah wehh...

OK la...Sambung karang pula menu hari kedua dan ketiga...bye...

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN 1432



Salam ramadhan untuk semua

sharing is caring rite hihi...

kat sini ade 11 kebaikan bulan ramadhan di mana bulan kita berpuasa :)


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Selamat menjalani ibadat puasa...Semoga kita mendapat berkat n rahmat di bulan yang mulia ini..