Sunday, May 24, 2009

BINGKA ROTI BERJAGUNG


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A 150 g gula kastor 100 g mentega, dicairkan 1/2 camca teh garam 300 g roti putih, didadu 200 g tepung gandum 1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair) 200 g jangung krim dalam tin
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

ROTI GULUNG


ROTI GULUNG

Bahan Roti

roti sandwich secukupnya
telur [pukul sebati]
breadcrumb
500 ml minyak k [untuk menggoreng]

Bahan Inti
1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
2 tangkai cili merah [cincang kasar]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.



Friday, May 1, 2009

Tragis 1st Mei.....

Salam everybody....
Memang agak lama aku x update kat cini....
Bukannyer dah luperkan alam blog hini tp keadaan diri tidak mengizinkan....
Dr Feb hingga la ke last week aku mengalami gangguan kesihatan yg dicari....Hikhikhik....
Monday to Wednesday aku kat Seri Malaysia Taiping, Meeting Pemilihan Anugerah Pelajar (Shell, Al-Mithali Tabung Haji dll)...
Dan aku terperasan selera makanku agak baik bila di sana.....dan hingga la ker hari ini sudah semakin baik....Mungkin penyakit yg aku cari itu dah beransur meninggalkan aku.......

Thusday, belum habis penat di taiping, aku bawak anak2 pelajar aku ker Karnival Seni Jauhi Dadah (KSJD) peringkat daerah bertempat di SMK Slim, Slim River.....
Sampai Petang gak.....Aku smpai rumah around 3.00 pm......
Cadang nak balik Kg...tp duk dalam dilema lagih.....
Nak balik tak nak, nak balik tak nak, nak balik tak nak.......huhuhuhu.....Conclusionnyer, kitorang nak balik.......Yeaaaaaaaaaa..............
Kul 4 Mr. Hubby tolong Jiran depan rumah angkat barang nak pindah ke PB......
Aku dah siap2 kemas barang nak balik kg...Lepas tu jenguk jiran sat.....
Tup2 Mr. Hubby cakap nak p main takraw dulu....lepas mahgrib baru bertolak balik....
Huh........Aku dah penat......So, after maghrib tu kitaorang cancel nak balik......

Pagi tadi bangun tidor rasa sunyi jew quarters....
Intai la kat luar, kete tak byk n ader yg faamily datang nak p jenjalan.....Huhuhu...kesedihan melanda diri....Aku pun cakap la kat Hubby....
I : "Sunyi la, Balik kg nak tak..."
Hubby : "Jom la...P siap la cepat.."
Aku pon apa lagih terus mandikan anak dara sorang tuh n aku sekali laaaa....
Barang2 dah packing smalam....So, kul 11 kitaorg gerak...
Ingat nak balik ikut cameron tp tgk jalan mcm byk keta jew....So, balik ikut Simpang Pulai jew....
OTW balik tu, my sis call cakap rumah Pak Su terbakar pg tadi...Huhhuhuhu....Kesiannyer....
Barang2 tingkat bawah dapat diselamatkan cuma yg tingkat atas jew yg habis hangus........
Bukan 1 rumah jew tp melibatkan byk gak la sbb rumah kat area tuh dekat2.....

Itu satu tragis 1st Mei.......
Ingat itu jew la perkara buruk yg berlaku tp rupa-rupanyer.......
Tgh kitaorg duk dinner tu...Pak Su dapat call dr our sedara la rasanyer.....
2nd tragis yg diterima ialah.....Pakcik Bakti, sedara kitaorg kat LAKOTA telah meninggal dunia dan masa dapat call tu diaorg cakap mayat tengah dimandikan.....
Pak Su ty gak aper sebenarnyer yg terjadi....Diaorg cakap dtg dulu baru tahu......
Apalagi....Kitaorg pun bergegas la ker sana............
Aku pun tak tahu nak cakap aper........
"Banyakkan bersabar dan tabah menghadapinyer, redha dengan apa yang berlaku kerana semuanyer adalah atas kehendak YANG MAHA ESA...Dia yang mengetahui segala-NYA.."


p/s: sorry la entry yg panjang....
Kemmaruk nak menulis di sini....Hikhikhik.....